Saturday, January 29, 2011

10K UNTUK KUKUHKAN PERHUBUNGAN PERSAHABATAN

1. KEIKHLASAN

Dalam persahabatan kamu harus menerima kawan kamu seadanya. Jangan mengamalkan sikap bermuka-muka. Sebaliknya, belajar menerima kekurangan kawan kamu. Maklumlah, manusia bukan semuanya sempurna.


2. KEJUJURAN

Kejujuran mestilah merangkumi hal percakapan dan perbuatan. Jika kamu ada melakukan kesilapan, mengakulah atas perbuatan kamu itu. Jangan bersikap lepas tangan atau menyalahkan orang lain kerana sikap buruk ini akan membuatkan kamu tidak disenangi kawan kamu.


3. KEJUTAN

Banyak melakukan kejutan-kejutan yang menggembirakan dirinya hingga membuat dia berasa terharu. Pasti saat-saat tersebut menjadi kenangan paling manis dalam hubungan persahabatan kamu.


4. KEMAAFAN

Sebagai insan biasa, kamu tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan diri kamu.


5. KESEFAHAMAN

Kamu harus berusaha memahami kawan kamu serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Sokong kehendak dan keinginan mereka, lama kelamaan akan timbul satu titik persamaan.


6. KEBEBASAN

Persahatan member kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Apa salahnya jika kamu saling meghormati hak kebebasan dirinya.


7. KATAKAN TIDAK PADA GOSIP

Jangan hebahkan kisah peribadi sahabat kamu kepada orang lain. Kepercayaan adalah keberhasilan kepada sesebuah hubungan. Andai kata kamu tidak selesa tentang sesuatu perkara luahkan sahaja kepadanya.


8. KEPERCAYAAN

Jika kamu berasa sangsi terhadap sesuatu perkara, cuba selidik dahulu kebenarannya. Jika ada yang tidak kena,tanyalah kawan kamu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Dalam situasi ini kamu harus percaya kepada kawan kamu dan jangan ragui keikhlasan hatinya.


9. KONFLIK

Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Selalunya kawan kamu banyak mengalah demi sayanagkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama. Selaluny a kawan kamu banyak mengalah demi sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama. Apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah. Situasi ini tentu akan membuat kawan kamu berasa lebih bahagia.


10. KONGSI

Berkongsi kesedihannya dan berikan semangat padanya dikala duka. Lakukan perkara yang disukai kawan kamu itu untuk mengembalikan senyumannya. Pasti dia sangat menghargai usaha kamu itu.

No comments:

Post a Comment